Happy Family

Happy Family

Friday, April 9, 2010

Watson Sale!

Assalamualaikum...

Lunch tadi gi merayap kat area Sri Gombak. Pi pekena Kuey Teow Ladna pastu terus ke Watson. Masuk2 Watson terus cari Simply Siti. Waaaahhhh...ade 1 satu section memang khas untuk produk ni je. Aku pun try2 la EyeShadow dia. Oklaaa kaler dia..menarik di mate aku. Harga 4 in one=RM59.90 (kalau tak salah aku lah)..

Watson ade buat sale you...utk West Malaysia from 8/04/10 to 27/04/10 and East Malaysia from 15/04/10 to 4/05/10. Dlm banyak2 barang sale dia aku berminat 1 barang. Memang best dan diaorang ade buat sale utk Cleansing Facial Wipes. Sgt bagus sebab boleh menanggalkan mekap even waterproof mascara. Aku dah cube.

Rupenya semalam lagi dah start sale. Klik Brochurre Watson kat sini.

Nanti klik kat gambar Siti, and downloadlah brochure tu..Banyak item yang sale. Berbaloi-baloi.

Friday, February 19, 2010

Cuti CNY

Chinese New Year tahun cuti panjangggg. Bos aku bagi cuti sampai Rabu. Besttt...

Hari Ahad tu aku memfollow rombongan meminang ke Lipis, Pahang. Lokasinya betul2 kat taman depan Rumah Dato Siti. Merasa aku tengok rumah Siti walaupun dari jauh...hehehe...

Dah melalut pulak......Citer selanjutnya; kiteorg ni nak gi meminang untuk adik lelaki aku. Tunangnya ni keje kat Terengganu, staff gomen. Adik aku pulak kat KL. Kirenya diaorg ni PJJ lah..Percintaan jarak jauh...Siannnn....

Rombongan aku 3 kereta je dari KL. Yg pegi tu pun adik-beradik aku je plus Pak Cik aku sebab dia yg jadi wakil keluarga aku. Alhamdulillahhhh..urusan peminangan ni semuanya berjalan lancar. Ikat setahun je..kalau lagi cepat lagi bagus. Kata belah pompuan la..

Ni je gambar yg ade kat dlm henpon: -


Je'a n Liza

Balqis n Liza

Wednesday, February 10, 2010

Happy Besday Abg kuuuu...

Just nak ucapkan Happy Besday kat Emyzal yg ke 31 yanghensemlagiboroi.....hahahaha....

Hadiah aku dah bagi. Alaa..sama2 gi meyoping kat JJ pastu aku suruhlah dia pilih barang apa yg dia nak. So dia pilih Sandal. Kebetulan kami nak gi Sabah coz attend wedding adik Emyzal kawin. Jadi sandal tu nanti buat pakai gi sanalah..

Tak tau nak taip ape lagi...kite layannn..

Tuesday, February 9, 2010

Bactroban Cream utk luka

Aku nak share pasal Bactroban Cream ni. Sangat bagus kalau korang nak guna utk luka2. Contoh; anak aku Balqis dia ni kulit alergic. Pantang salah makan; mesti gatal timbul. Tak bolehlah kena gigit semut ke, nyamuk ke, mulalah menggaru2 sampai jadi luke yang berair2 tu.

Lepas tu kalau gatal dia garu gak lagi kat tempat luke tu. Tak tahan betul aku tengok...Bila dah luke tu melarat2 dek kerana asiklah tergaru2 maka aku pun bawak dia gi klinik. Doktor tu suggest kat aku Cream ni. Memang berkesan!! Aku letak time malam nak tido ngan time dia nak gi sekolah. Dlm masa 2,3 hari je luke tu pun dah berkulit dan terus baik. Tapi aku pakai dlm seminggu dah habis.

Aku try cari kat Farmasi, adelah pulak. Harga dia dlm RM13. Tapi yg ni saiz kecik. Kalau yg besar tu RM40 x salah aku. Yang ni ade yg import punye n local punye. Aku ambik yg made in Malaysia dah le..mahai tu....Ni gambar dia;


Thursday, January 28, 2010

Dah jadi ahli pun

Ahhaaa....tadi lunch hour aku berkunjung lagi sekali ke Avon. Tujuan aku nak beli Bra..aku malas lah nak gi Jaya Jusco. Kang hilang nak beli bra, barang lain yg aku sapu....Almaklumlah gaji sudah masyukkkk...

Nak jadi cerita aku beli 2pcs sekali harung. Malas nak ulang gi beli lagi lah ni...Bra brand Avon ni memang bagus. Tahan lama you...Nilah branya;

Zarmina Bra@RM23.90 after less 10% : RM21.90 shj.

Aku siap test lagi kat dlm stor Avon tu...hikhikhik...eh, korang tau tak cara nak dptkan saiz sebenar bra korang. Sebenarnya semalam aku terbaca kat wanitamelayu.com cara2 nak dptkan saiz. So aku sharekan kat sini...

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-
Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara. Jka anda mendapat nombor genap, tmbah 4 inci. Jka anda mendapat nombor ganjil, tmbah 5 inci. Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"Jadi saiz coli anda = 36"


Langkah 2
Ukur di sekeliling bhgian terpadat payudara. Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda. Jka nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-
1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E

Aku dah cube, memang tepat sekali. Tapi x tau lah kalau untuk brand bra yg lain. Kalau utk Avon punye bra, confirm!!

Last sekali, gambar buah hati aku...Layannnnnnzzzzzzzzz....

Hariz, FaSyanda & Balqis...
CauCinCauuuuuu.....

Tuesday, January 26, 2010

Avon

Lunch hour tadi aku gi Avon kat Sri Gombak. Balqis lah ni..asyik lah nak pelembap bibir..dulu dah pernah beli..habih jahanam...

Ni lah Lip balm nye..dari Avon;

Lip Balm perisa Strawbery@RM3.90 shj

Actually lip balm ni hadiah aku utk dia sebab malam tadi dia dah boleh membaca. Aku adelah beli buku kat wanitamelayu.com. Kire buku tu 1 set lah. Name buku tu Bacalah Anakku. Malam tadi dia baca buku yg first sampai yg ke-3. Yg aku perasan dia boleh terus sebut je. Kalau ade yg confuse tu barulah dia mengeja.

Tapi aku tabik springlah kat dia sbb selama hari dia sekolah tadika, bila aku suruh baca mesti mengelat punye. Alhamdulillah...ni semua berkat mak ngan adik2 aku dok mengajar dia bile dia balik sekolah. Terima kasih mak, je_a, jeman, nomi, kecik....

Masa kat Avon tadi dia suruh gak aku beli RM15 pastu automatic boleh jadi dealer. Aku ni malas betullah nak jadi dealer2 ni. Nanti nak kena beli barang. Dah lah aku ni jarang2 nak membeli-belah. Camno tu...

Hutang sudah Settle

Alhamdulillah..akhirnya setelah 3 tahun aku berhutang dgn Courts Mammoth, aku dah pun melangsaikannya..


Kad hutang aku. (gambar x clearlah..)

Walaupun tak banyak, RM 150.00 je..tapi pada aku banyak woiiiii....skrg ni aku rasa cukup lega..Lepas ni kalau aku nak beli brg2 electrical ke, perabot ke, hape ke..aku akan kumpul duit sikit2 dulu pastu beli cash. Adelah lebih baik dgn cara yg begini sebab takkan membebankan pale otak aku nak membayarnya.