Happy Family

Happy Family

Tuesday, February 9, 2010

Bactroban Cream utk luka

Aku nak share pasal Bactroban Cream ni. Sangat bagus kalau korang nak guna utk luka2. Contoh; anak aku Balqis dia ni kulit alergic. Pantang salah makan; mesti gatal timbul. Tak bolehlah kena gigit semut ke, nyamuk ke, mulalah menggaru2 sampai jadi luke yang berair2 tu.

Lepas tu kalau gatal dia garu gak lagi kat tempat luke tu. Tak tahan betul aku tengok...Bila dah luke tu melarat2 dek kerana asiklah tergaru2 maka aku pun bawak dia gi klinik. Doktor tu suggest kat aku Cream ni. Memang berkesan!! Aku letak time malam nak tido ngan time dia nak gi sekolah. Dlm masa 2,3 hari je luke tu pun dah berkulit dan terus baik. Tapi aku pakai dlm seminggu dah habis.

Aku try cari kat Farmasi, adelah pulak. Harga dia dlm RM13. Tapi yg ni saiz kecik. Kalau yg besar tu RM40 x salah aku. Yang ni ade yg import punye n local punye. Aku ambik yg made in Malaysia dah le..mahai tu....Ni gambar dia;


Thursday, January 28, 2010

Dah jadi ahli pun

Ahhaaa....tadi lunch hour aku berkunjung lagi sekali ke Avon. Tujuan aku nak beli Bra..aku malas lah nak gi Jaya Jusco. Kang hilang nak beli bra, barang lain yg aku sapu....Almaklumlah gaji sudah masyukkkk...

Nak jadi cerita aku beli 2pcs sekali harung. Malas nak ulang gi beli lagi lah ni...Bra brand Avon ni memang bagus. Tahan lama you...Nilah branya;

Zarmina Bra@RM23.90 after less 10% : RM21.90 shj.

Aku siap test lagi kat dlm stor Avon tu...hikhikhik...eh, korang tau tak cara nak dptkan saiz sebenar bra korang. Sebenarnya semalam aku terbaca kat wanitamelayu.com cara2 nak dptkan saiz. So aku sharekan kat sini...

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-
Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara. Jka anda mendapat nombor genap, tmbah 4 inci. Jka anda mendapat nombor ganjil, tmbah 5 inci. Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"Jadi saiz coli anda = 36"


Langkah 2
Ukur di sekeliling bhgian terpadat payudara. Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda. Jka nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-
1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E

Aku dah cube, memang tepat sekali. Tapi x tau lah kalau untuk brand bra yg lain. Kalau utk Avon punye bra, confirm!!

Last sekali, gambar buah hati aku...Layannnnnnzzzzzzzzz....

Hariz, FaSyanda & Balqis...
CauCinCauuuuuu.....

Tuesday, January 26, 2010

Avon

Lunch hour tadi aku gi Avon kat Sri Gombak. Balqis lah ni..asyik lah nak pelembap bibir..dulu dah pernah beli..habih jahanam...

Ni lah Lip balm nye..dari Avon;

Lip Balm perisa Strawbery@RM3.90 shj

Actually lip balm ni hadiah aku utk dia sebab malam tadi dia dah boleh membaca. Aku adelah beli buku kat wanitamelayu.com. Kire buku tu 1 set lah. Name buku tu Bacalah Anakku. Malam tadi dia baca buku yg first sampai yg ke-3. Yg aku perasan dia boleh terus sebut je. Kalau ade yg confuse tu barulah dia mengeja.

Tapi aku tabik springlah kat dia sbb selama hari dia sekolah tadika, bila aku suruh baca mesti mengelat punye. Alhamdulillah...ni semua berkat mak ngan adik2 aku dok mengajar dia bile dia balik sekolah. Terima kasih mak, je_a, jeman, nomi, kecik....

Masa kat Avon tadi dia suruh gak aku beli RM15 pastu automatic boleh jadi dealer. Aku ni malas betullah nak jadi dealer2 ni. Nanti nak kena beli barang. Dah lah aku ni jarang2 nak membeli-belah. Camno tu...

Hutang sudah Settle

Alhamdulillah..akhirnya setelah 3 tahun aku berhutang dgn Courts Mammoth, aku dah pun melangsaikannya..


Kad hutang aku. (gambar x clearlah..)

Walaupun tak banyak, RM 150.00 je..tapi pada aku banyak woiiiii....skrg ni aku rasa cukup lega..Lepas ni kalau aku nak beli brg2 electrical ke, perabot ke, hape ke..aku akan kumpul duit sikit2 dulu pastu beli cash. Adelah lebih baik dgn cara yg begini sebab takkan membebankan pale otak aku nak membayarnya.

Monday, January 18, 2010

Anak buah aku dah besaq

Dah lamaaaaaa aku tak apdet gambar anak2 aku, anak2 buah aku..so sementara roh rajin tgh meresap kat dalam badan aku ni..ade baiknya aku letak gambar2 diaorg ni kat sini..ade jugak jadi bahan aku nak tatap wajah2 kesayangan aku...

Nurul.

FaSyandha.

Lily.

Ni kalau hariz tengok gambar ni...di bantai nye gelak tak hengat..tapi anak2 buah aku lawa2...cume ni gambar candid..

2010 tahun mencabar..

Tahun ni Balqis dah sekolah darjah 1, Hariz pulak masih kat Tabika Kemas lagi sebab dia 6 thn. Alhamdulillah..sekolah rendah dekat je dgn rumah mak. Maka setiap pagi..ayah dia pegi hantar dia sampai kat kelas. Pastu pagi2 aku belikan nasi lemak bekalkan dekat dia. Bawa bekal lagi bagus pasal makanan kat kantin tu dah standard pasar malam je regenya. Tak boleh blah. Menyakitkan hati aku jeeee....

Yang bagusnya Balqis ni bile dah bagi bawak bekal, duit belanja tak yah bagi pun dia x kisah. Cume sekolah agama je lah dia nak belanja beli kopok lekor lah, nak beli gula2 lah...tapi dia belanja x banyak pun...cume 50 sen je..

Hariz pulak mcm biasa lah..sekolah tu utk dia nak berseronok..belajar tu dia boleh catch up..cume malasnya lebih...kalau suruh menulis, mcm raksasa dah tulisan dia..dari kecik jadi besar...Itulah..anak lelaki kan. Tak boleh nak buat ape lah...

Dah lame aku x menaip kat blog ni..bukan ape..aku lagi suke blog walking dr menaip kat sini. Insyallah..mulai dari hari ni aku nak rajin2kan jari aku ni menaip sekurang2nya 1 entri sehari.

Mmm...tahun ni jugak merupakan tahun yang penuh dugaan dan emosi. Yelah walaupun bukan kena kat aku tapi kena kat salah seorang family aku...aku tumpang sedih dan simpati. Insyallah..aku harap selepas ni akan ade sinar bahagia.


Balqis nak gi sekolah agama..


2 org budak nakal yang aku sayang..

Monday, October 12, 2009

Bio Aura Harga Runtuh!!

Bismillahhirrahmanirahim...

Dah lame gile tak menulis kat blog ni...bukan sebab bz tapi lebih suke merayap membaca kat blog2 orang lain :) actually aku nak jugak buat sehari 1 entri tapi tak reti nak karang ayat lah...Chooiii..hikhikhik...

Berbalik pada title aku tu..memang betul2 aku dapat harga runtuh. Harga sebenar tak salah aku RM2,080.00 tapi aku beli cume RM1,000.00 je. Actually aku dah lama pasang niat nak beli Bio Aura ni cume tak mampu lah....mahal sangatttttt. Pastu kalau nak hutang pun minimum boleh bayar sebulan RM100. Kalau dah RM2k berapa bulan lah pulak aku nak tanggung hutang.

Aku dapat contact ni pun kat carigold.com. Masa raya hari tu dia buat promotion RM950.00 tapi aku masih dok berkire2 lagi nak ambik ke tak nak ambik ke tak. Sekali bile aku book je dah habis pulak....Tak pe lah rugi pun 50 hengget je..Yang penting barang baru bukan second hand punye.

Kalau sape2 yang teringin nak nak pakai Bio Aura tapi bajet ciput mcm aku boleh lah contact kat sini http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=92661&page=21

Kalau korang rasa tak cukup duit nak beli cash boleh jugak bayar installment tapi dia markup sikit lah...And Bio Aura ni yg brand Hi-O Marketing tu tau. Alaaa..yg iklan kat TV3 tu.."syukurrrrr alhamdulillah"..haaa trademark dia cam tu lah.

Yang penting bulan depan aku dapat duit kutu.....kire cover baliklah modal aku beli benda ni...syurkurrrr alhamdulillah...